Monday 14 January 2013

Aku pulang...

Hari ini tanpa disangka dan ditimbang tara,terus diri ini melangkahkan kaki untuk pulang ke rumah. Walaupun,lusa ada lagi kertas terakhir,iaitu kertas Psikologi Asas,kerana ada sesuatu yang memanggil diri ini untuk ke pulang ke rumah.

Ye,hanya untuk melihat wajah mak. Wajah yang mengukir seribu kekuatan buat diriku. Wajah yang menjadi idolaku tatkala aku lemah. Baru aku tahu tindakan yang membuatkan aku pulang ke rumah hanyalah kerana aku rindu mak.

Hati ini terus melontar rasa. Air mata mengalir disepanjang perjalanan pulang. Menyembunyikan suaraku yang serak kebasahan ketika mak telefon. Dan kali ini mak seperti tidak menolak kepulangan anaknya walaupun selalunya jikalau peperiksaan sudah dekat,sudah pasti mak tidak izinkan.Tapi kali ini tidak. Seperti gaya mak tahu yang anaknya ini sedang lemah dan memerlukan belaian kasihnya. Luahan di telefon tidaklah sehebat bertemu dengan mak sendiri.

Kepulanganku disambut ayah dan nama mak sudah kulaungkan dari luar. Terus ku peluk mak.Ku salam tangan mak yang ku rindui. Ku cium dahinya,ku cium matanya,ku cium pipinya. Sungguh,memang rindu ini tidak tertanggung rasanya.  Satu soalan keluar dari bibir mak. "Kenapa balik ni?Ada masalah ke dekat U?Kawan-kawan ok?" Aku hanya mampu tersenyum dan terus ku peluk dan lantas aku jawab kembali, "tak ada apa-apa mak,stress sikit." Cukuplah masalah yang aku hadapi tidak perlu untuk aku ceritakan.Tidak mampu untuk aku tambah beban di bahu mak.

Walaupun dekat,namun aku terasa jauh. Seperti biasa aku lihat mak masih sibuk. Sibuk di dapur dan aku teringat kenangan aku semasa sekolah dahulu.

Sungguh,apabila aku dewasa kelak,aku ingin menjadi ibu yang kuat seperti mak.

Mak,engkaulah sumber kekuatanku.

P/S : T_T

-IlliaNida-