Friday 1 February 2013

Keperitan Itu Satu Keindahan

Ramai yang akan mengaitkan keperitan dengan kepayahan,kesusahan,kesulitan,kekecewaan dan semua perkara negatif yang seumpama dengannya.
Namun,ingin aku katakan bahawa 'Keperitan Itu Satu Keindahan'.Walaupun aku sendiri tidak mampu untuk menerima tajuk ini,tapi aku gagahi jua kerana aku rasakan tajuk ini terselit satu makna yang mampu membangkitkan aku tatkala aku mula merasai keperitan itu.Sangat berbeza maknanya berbanding 'Keperitan Itu Menyakitkan'. Ternyata maknanya lagi kena bukan.



“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Aku mula terfikir sesuatu ketika aku sibuk membelek-belek Tafsir Al-Quran aku yang berwarna hijau.Kemudian aku terjumpa satu ayat yang aku telah tandai dengan stiker. Terdiam aku seketika,dan lantas aku mula menitiskan airmataku kerana ayat Allah itu begitu kena dengan diriku.Ya,keperitan yang aku alami ini merupakan ujian daripadaNya.Aku mula sedar bahawa Allah yang memberikan aku ujian itu.Ya,Allah memberikan ujian keperitan ini tanda Dia mengasihi aku.Allah akan menguji hamba-hambaNya yang beriman.
SubhanAllah,aku masih dalam jagaanNya. Mengingatkan aku tatkala leka,agar aku kembali denganNya.
Aku menangis lagi.Kali ini aku terjumpa satu lagi ayat yang memberikan aku satu ketenangan di setiap keperitan yang dilalui.

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. An Nasyr: 5) 

Diulangi maksud yang sama pada ayat ke 6.AllahuAkbar! betapa hebatNya Allah.


Kini baru aku nukilkan bahawa keperitan itu memang indah.Indahnya apabila diberikan kekuatan untuk terus bangkit walaupun jatuh berkali-kali,susah bertimpa-timpa.Indahnya pada kesabaran yang Allah janjikan syurga.Indahnya pada syukur yang sentiasa diberikan buat Dia.

'Keperitan Itu Indah'. Ku ulangi berkali-kali di hatiku,lantas aku kembali tersenyum. :)

-ILLiaNida-