Friday 14 December 2012

Hati wanita itu...

Sejauh mana kedegilannya
Sejauh mana bencinya,
Sejauh mana jatuhnya,
Sejauh mana deritanya,
Sejauh mana lemahnya,
Sejauh mana kekecewaannya,

Allah kurniakan buatnya hati yang sangat lembut tetapi kuat di dalam.

Beruntung menjadi seorang wanita,dan aku yakin wanita itu adalah setiap wanita yang ada di dunia ini.

Menjadi perhiasan yang menarik pada dunia ini,

Namun sebaik perhiasan yang menarik dan teguh adalah wanita dambaan syurga,wanita SOLEHAH...

p/s :mencorakkan diri ke arah itu...

Monday 5 November 2012

Kahwin,Married??!!

Kahwin??!
Married??!

Assalamualaikum..Rasanya saya buat tajuk entry macam ini,akan ada yang terlintas di kepala :

"Illia tu nak kahwin la tu.."

'Kak Illia memang suka bab-bab nikah kahwin ni,"


"Dah ada calon la tu,"

"Bila Illia time ko,dah asyik cite pasal kahwin je nih"

Kan,betul tak?Siapa kata saya tidak suka berbicara tentang kahwin,atau dalam bahasa Inggeris MARRIED.


Lebih-lebih lagi dah final year,lagi semua orang suka nak kata tentang hal-hal kahwin ini.Sebenarnya kata tidaklah seindah maksud yang sepatutnya difahami.
Baru-baru ini,saya pergi Forum Aku,Kau Dan Dia di UPM Serdang.Itu pun sebab Cik Suhaila,my best friend yang 'goda' I untuk dengar talk Ustazah Fatimah Syarha.Selain itu panel lain adalah Ustaz Syed Alwi dan juga Hilal Asyraf.Saya pun bukanlah minat Ustazah Fatimah Syarha mahupun panel-panel yang lain.Bagi saya susah untuk saya nak dengar talk pasal cinta mahupun yang berkaitan dan sewaktu dengannya seperti nikah.Mungkin sebab mentaliti saya juga.(lepas ini kena berfikiran yang lebih terbuka ye Illia)
  
Tengok ini! haha 

Jadi,setelah di'goda' untuk tinggal semalaman di UPM,saya pun menghadirkan diri ke forum tersebut.
Ternyata,ia membuka mata saya tentang makna cinta dan juga erti pernikahan yang sebenar.


Dan sebelum saya meletakkan diri ke forum tersebut,saya dah buat forum dulu dengan encik-encik senior saya.Hebat sungguh mereka apabila berbicara tentang perkahwinan dan perkara yang perlu dilaksanakan.Almaklumlah mereka lelaki,tanggungjawab lebih kepada mereka.Baguslah menyiapkan diri untuk memberi komitmen.Ada seorang lagi abang senior saya yang bakal mendirikan rumahtangga tahun hadapan.Beliau juga merupakan panel terbaik dalam memberikan informasi tentang persediaan perkahwinan.Tahniah Abg K.InsyaAllah saya doakan yang terbaik ye untuk abg dan bakal zaujahnya. 

Selain itu,ada juga cerita dari Cik Suhaila tentang seorang kawannya seusia kami yang akan berkahwin tidak lama lagi.Namun,pelbagai pengajaran yang saya boleh dapat daripada cerita tersebut.Yang positif tidak kurang juga negatif. Bergantung kepada kita untuk bijak melihat sesuatu cerita itu.

Banyak juga syarat untuk bernikah dan kahwin ini.Banyak perkara yang perlu difikirkan.Berkahwin bukan sekadar sehari dengan si dia.Tapi hingga ke syurga! Terlalu banyak komitmen yang perlu diberikan,sama ada sebelum apatah lagi selepas termeterai sebutan akad nikah tersebut.

Jadi,sepanjang pengalaman saya di UPM Serdang,nampak gayanya berbicara tentang CINTA,KAHWIN.Sesuatu yang sangat menarik dan membuka minda saya.Sebabnya,hal-hal berkaitan perkahwinan,cinta adalah satu hal yang saya kurang suka untuk bicara di hadapan orang ramai.(maksudnya sharing dengan orang).Tapi,nampak gayanya hal-hal seperti ini memerlukan bicara dari semua orang dimana kita akan belajar erti cinta dan perkahwinan itu dari yang lebih berpengalaman.

Yang hujung sebelah kiri adalah Ustazah Fatimah Syarha,Moderator,Ustaz Syed Alwi(xnampak muka),Hilal Asyraf

Berkongsi tentang perancangan perkahwinan juga sesuatu yang menarik.Ye,seronok dengar perancangan orang.Sekurangnya saya belajar bagaimana untuk merancang perkahwinan saya suatu hari nanti.Haha.

Jadi lepas ini,boleh nak bercerita tentang kahwin,cinta.Tetapi jangan selalu,bimbang hati akan terasa sesuatu.Almaklumlah berbicara hal-hal seperti ini akan membuat diri terbuai-buai.Hati-hati ye wahai wanita adik,kakak yang saya sayangi.

Akhir kata,nak promot satu program ini :D


Bes kan,apalagi jom!!

Program ini merupakan program kali pertama dari AlumniKMPk yang terbuka untuk semua!.So,berminat bolehlah daftar.Saya pun akan pergi~~:D

                                                     "Cinta itu fitrah,tapi ia juga barah.."
                                                                 -Fatimah Syarha-
P/s : "Bab cinta,kahwin laju je!" haha..

-IlliaNida-

Monday 27 August 2012

Disini memori tercipta..

*Masih sedang menyiapkan repot walaupun mood beraya masih lagi dalam jiwa raga.Nak buat macam mana dah promise dengan Dr G nak siapkan selepas seminggu beraya.Terbayang muka bahagia Dr G bagi kelonggaran untuk tidak sambung LI selepas raya.Baiknya Dr G.Maka,bersusah payah berada di dalam menyiapkan repot.Itu pun bersambung lepas raya.Almaklumlah banyak sampel yang saya dan Azeeza buat..

Sempat lagi bergambar dua anak murid kesayangan Dr G..hehe..:D *kesayangan la sangat..

Ok,kemudian hari Khamis sebelum nak cuti raya merupakan hari terakhir iaitu hari Jumaat,saya bersama kawan-kawan lab..Ina,Shidah,Azeeza semua akan cuti bermula dengan hari jumaat.Maka,sesi bergambar dengan warga lab pun bermula..Terasa bahagia apabila dapat bergelak tawa tetapi sedih kerana itulah merupakan hari terakhir..

suka kacau Mr Tan yang baik hati..:D ini dia terkejut sebab tangkap gambar curi dia..

Ada lagi gambar..Budak-budak Lab Proteomics memang suka bergambar.
Yang berjubah tu Puan Fazehah yang kami anggap macam mak kami sendiri,n Kak Ina,kak yang sporting!
Sebab hari yang terakhir ber LI di Lab Proteomics,maka sesi bagi hadiah..Saya dan Azeeza beri hadiah pada Mr Tan dan Dr G.Ina dan Shidah beri hadiah pada Dr N kesayangan mereka..

Gambar ini yang paling mahal.Tengok la Dr G saya yang gagah.Bersama dengan Dr N.
Saya sangat kagum dengan semangat Dr G.Pada usia yang begitu muda beliau merupakan seorang yang happy dengan kerja yang beliau lakukan.Kata-kata beliau,"Enjoy with your work!"

Gigih mcm Dr G.Lepas bergambar sempat lagi bertanyakan pendapat beliau mengenai result Exp kami..:D
Itulah kenangan yang tidak mungkin dipelajari di mana-mana.Latihan Industri yang dilakukan bukan sekadar untuk mencukupkan unit ataupun suka-suka,tetapi pengalaman itulah yang terlalu berharga yang hanya sesetengah insan yang berjaya mendapatkannya.

Pengalaman itu yang mematangkan diri.Memang ada benarnya dengan kata-kata ini.Pengalaman bekerja,pengalaman menghadapi orang-orang disekeliling,bagaimana cara kita menghadapi insan yang berada disekeliling dan meneruskan senyuman walaupun berhadapan dengan pelbagai perkara dan cabaran yang baru.

LI pun dah habis.Maka dunia pekerjaan sementara sudah ditinggalkan,dan dunia sebagai pelajar perlu diteruskan kerana itulah realiti.

Owh,ye..masih dalam mood beraya, "Selamat Hari Raya"

P/S : next entry,Raya!!
-IlliaNida-








Sunday 12 August 2012

11 Ogos 2012


Apa yang ada dengan tarikh ini? mestilah sesuatu yang istimewa.Nak cerita banyak apa yang ada dengan tarikh ini..

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari,
 I : Hello,Assalamualaikum.Dah siap belum?
R : Waalaikumussalam,ha?? siap? nak pergi mana? kita ada apa-apa ke hari ini?
I : Eh,kita kan ada gathering,nak pergi Tesco nak beli barang nak masak berbuka..Ko jangan buat-buat lupa pulak.Aku dan D dah siap dah ni.
R : Hah? ye ke?aku baru bangun..
*dengar macam gelak-gelak.
I : Eh,ank dara apa ni bangun lewat.Ko jangan nak main-main.Kita dah plan ok..

R : Hahaha..aku tahu..saja nak kenakan ko..ye,nanti aku dah sampai dengan S aku beritahu ko.
I : Saja la nak kenakan aku budak seorang ni.Ok,jumpa nanti.Waalaikumussalam.

Maka,berderulah masing-masing iaitu Cik Shida,Cik Ina,Cik Dayah menaiki kereta yang berplatkan JMX *** menuju ke Tesco.Nak beli barang nak masak untuk berbuka.Buka puasa a.k.a gathering students LI DOPING.Setelah bersetuju dengan seorang kakak senior nak menggunakan dapur rumah beliau,kami merancang untuk meneruskan aktiviti kami.Rancang seminggu awal nak memasak menu.Dalam lab pun,nak bincang resepi.Sampai kena perli dengan Dr-Dr kami terutamanya Lab Proteomics.Nanti akan diberitahu menu yang kami masak..
Sebenarnya ada dua orang lagi yang tertinggal iaitu Cik Azeeza dan juga Cik Faridah.Tapi mereka lambat sebab gigih menyiapkan dadih di rumah mami Cik Azeeza.


Cik Dayah,Cik Shida,Cik Ina mencari lokasi kedai cenderamata yang ada.Jumpa ke korang?? :D
Kemudian,setelah siap beli barang yang tak seberapa banyak,kali ini dipacu JMX *** untuk ke Queensbay.Nak beli cenderahati untuk supervisor masing-masing.Setelah puas mencari parking untuk JMX ***,akhirnya lokasi di tingkat 7 dipilih.Jadi,semua kedai cenderamata dalam QB tu diterokai.Dah bertahun ke QB masih lagi blurr dengan QB.

Nak pilih hadiah satu hal lagi.Jenuh memusing satu QB,baru jumpa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada supervisor yang tersayang.

Nampaknya Cik Ina dan Cik Shidah sudah jumpa hadiah yang sesuai untuk supervisors mereka iaitu Dr N,Puan F dan juga Kak S. 

Begitu juga tuan empunya blog ini dan juga Cik Azeeza sepakat memilih face towel untuk Dr G dan Mr T.Towel bukan sebarang towel ye.

Cik Dayah dan Cik Faridah juga bersepakat memberikan kad raya beserta gambar untuk Lab DOA.

Setelah perkara di QB berjaya diselesaikan maka dua kereta JMX *** dan juga PDC *** berderu menuju ke rumah kakak senior seperti yang telah dijanjikan.Sementara menunggu kakak senior yang lambat pulang dari rumah,dengan hanya menggunakan PDC ***,kami semua menuju ke rumah mami Cik Azeeza untuk mengambil dadih yang telah disediakan. Selesai sahaja menunaikan solat asar,maka keenam-enam anak dara yang cantik dan baik hati kini berada di dapur untuk memasak.Ada yang diberikan tugas memasak nasi,memasak sup halia,buat cucur ikan bilis dan juga kek batik.

Kecohlah dapur tu dibuatnya.Namun,kerja memasak berjalan.Kalah program memasak dekat TV Ketuk-Ketuk Ramadan.Cik Ina dengan nasinya,CIk Azeeza dengan cucur dan persediaan air kordial,Cik Faridah dengan supnya,Cik Illia dengan kek batiknya,mak CIk Shidah dan juga Cik Dayah dipilih untuk membeli menu utama dia KFC berdekatan.Ayam bucket KFC 21 ketul.

Kerisauan melanda apabila dua orang yang kecil-kecil comel keluar membeli KFC balik lambat.Cik Ina dah tak sabar menanti ayam KFC beliau.Tunggu,akhirnya mereka yang keluar berjuang mendapatkan ayam KFC akhirnya sampai ketika orang sedang berbuka puasa.

Ayam KFC bucket untuk enam orang anak dara.Sibuk je jari ni..:)

Maka,sekembalinya mereka dengan ayam KFC bucket,cukuplah menu pada buka puasa kali ini.

Specially prepared by six students LI DOPING..:)
Macam-macam ada untuk menu berbuka puasa.Menu tersebut adalah ayam KFC,Sup halia,Nasi putih,Cucur bilis,Kek batik(tak boleh dikeluarkan lagi waktu ini sebab tak sejuk lagi),dadih dan juga kurma.Tidak lupa juga Jus kordial jambu merah + strawberi dan juga air Mirinda.

Alhamdulillah..Rezeki yang Allah kurnikan dikongsi beramai-ramai.Ada yang tidak dapat dihabiskan namun,sahur masih ada lagi.Sempat lagi Cik Ina dan Cik Shidah memasak untuk sahur sebelum pulang ke desa masing-masing.

Bila bertemu beramai-ramai seperti ini,nilai ukhuwah itu terjalin.Ada sahaja cerita yang akan dikongsikan.Walaupun berbeza universiti,tetapi itu tidak menjadi masalah buat kami.Ternyata ia satu kenangan yang cukup indah untuk dipahatkan sebagai satu lagi episod di dalam kehidupan.

Mungkin sukar untuk bertemu lagi selepas ini,namun ini yang akan menjadi ingatan.Dan juga sukar untuk berkumpul seperti ini lagi selepas ini kerana masing-masing akan membawa kembali jalan hidup realiti.

Hati ini mendoakan agar kita semua akan berjaya di dunia dan diakhirat.Susah payah di DOPING kita sama-sama kongsi.I will miss this moment ever.:D

-IlliaNida-





Monday 6 August 2012

Bila Harus Memilih..

Diantara dua simpang pasti kita akan tertanya-tanya yang manakah harus dipilih bagi meneruskan perjalanan.(Ini dalam kes kita tak tahu jalan ye..) 




Kita terhenti seketika di simpang itu.Berhenti dan terus tercegat di simpang itu sebab masih tidak tahu memilih simpang bagi meneruskan perjalanan.Ingin bertanya pada orang tetapi jawapan itu tidaklah yang seperti jawapan yang kita inginkan.Kita masih lagi bertanya pada orang-orang yang kita temui.





Kadang-kadang terasa malas pula ingin bertanya kerana malas memikirkan tentang pendapat orang lain mengenai jalan yang kita pilih itu.Namun,masih lagi memikirkannya.Kita lupa yang kita ada Allah.Allah Maha Mengetahui setiap perencanaan kita.

Istikharahlah jalan yang terbaik untuk memilih setiap pilihan yang kita ada.Disaat hati itu tenang dalam membuat pilihan,disaat itulah Allah memberikan pilihan yang terbaik untuk kita membuat pilihan.

Takut-takut kita akan memilih pilihan yang datangnya dari nafsu kita.Kita manusia biasa yang sentiasa mengikut kata nafsu.Risau,kalau pilihan itu datangnya dari nafsu bukan yang Allah tetapkan untuk kita,kelak kita yang akan merasakan kekesalan itu.

Ya Allah,pimpinlah kami di dalam membuat piliahn kami.

Biar pilihan kita dari Allah bukan pilihan dari nafsu...

-IlliaNida-

Wednesday 25 July 2012

Dia..

Dia demam.
Dia kena makan ubat.

Dia terbaring berehat seketika dari melakukan sebarang kerja.
Dia sakit tanpa memberitahu sesiapa pun.

Pada mata orang lain,dia biasa sahaja.Hati ini tersentuh.Melihat insan lain,dia tidak sama kehidupannya seperti orang lain.

Mengalir lagi air mata.Ditahan seketika.Tersentuh hati dek terkenangkan dia.
Dia perlu kuat demi orang lain,demi insan-insan yang dia cintai walaupun dia menderita.

Teringin untuk berada disampingnya,membahagiakannya seperti insan lain yang hidup dalam serba kesenangan.Serba kemewahan.Namun,Allah Maha Penyayang.Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak mungkin hambaNya tidak mampu..

Kadang-kadang dia merintih.Ingin mengadu.Namun dia cuma ada Allah untuk menjadi tempat dia meluahkan rasa.Melihat air matanya mengalir tatkala di tempat sujud.

Sekali lagi hati tersentuh.Sekali lagi wajah itu terbayang.Ketika tidurnya ditatap.Letih,kusam,penat menghiasi wajahnya.Air mata mengalir lagi.

Tiada apa yang mampu dilakukan selain terus menjalankan hidup.Berhadapan dengan pelbagai kerenah,cukup memenatkan dia.Tapi,dia sabar.Kadang-kadang terlihat juga kesan daripada tekanan yang dialami.Hanya istighfar menghiasi bibir,agar terkawal tekanan itu.

Kagum dengan dia.


Mendoakan dia agar terus bahagia.Bahagia dunia,bahagia akhirat.


-Illia Nida-


Thursday 19 July 2012

Erti aku pada Ramadan..

Setiap kali nak masuk Ramadan dan Syawal,tidak pernah tinggal,mendengar pengumuman Ramadan dan Syawal di TV.. Suka sangat duduk depan TV dengar pak cik yang cakap lembut buat pengumuman..Tak kisah pengumuman puasa atau raya..


"Dengan ini disytiharkan puasa jatuh pada....." Maka berlonjak gembiralah satu rumah terutamanya adik-adik.Seronok bukan main.Hakikatnya puasa sahaja..Tetapi feel yang dapat apabila mendengar pengumuman tersebut..Kalau pengumuman raya,lagi melompat rasa nak capai bumbung dah..


Ahlan  Wa Sahlan Ya Ramadan..:)




Tetapi itu kenangan menyambut Ramadan semasa kecil-kecil dahulu.Kini,semua semakin dewasa.Kurang rasa itu.


Tiada lagi lonjakan gembira,yang ada cuma pandangan sepi.
Erti Ramadan itu bukan ada pada pengumuman puasa.Namun,erti Ramadan itu kita yang perlu cari..Apabila semakin dewasa,erti Ramadan itu seperti sangat bermakna.Berbeza dari bulan-bulan yang lain.
Menantinya ibarat satu penantian yang penuh makna.Maka hati mula berniat untuk mencari erti Ramadan itu.


"Mampukah aku menemuimu,Ramadan?"
"Dapatkah aku melakukan yang terbaik untuk Ramadan kali ini?"


"Adakah aku mahu Ramadan kali ini terlepas peluang kebaikan sepertimana aku terlepas ketika di Ramadan yang lalu?"


Daebak!


Bertalu-talu pertanyaan muhasabah pada diri..Jom raikan Ramadan kali ini.
P/S : Ramadan itu indah..Sedang siapkan checklist Ramadan..Moga terlaksana..:D


-IlliaNida-

Monday 9 July 2012

Indahnya ilmu itu...

Sepanjang berada di tempat praktikal,terlalu banyak yang saya pelajari.Kadang-kadang bukan ilmu makmal itu sahaja but there's a lot of thing I can learn there (Makmal Doping tercinta~).
Inilah makmal praktikal saya..Canggih kan nama?? :)



Mula-mula buat praktikal ternyata bosan,almaklumlah kerja tiada.Seminggu juga dok ternganga dalam makmal.Sampai minta kerja la dengan Dr.Rasanya kalau kerja betul-betul mmg tidaklah serajin itu.Asyik tanya pelajar-pelajar Master dekat situ.Yang paling menarik ada yang ekstrak gamat.Sangat menarik.Terberangan seketika nak buat projek dengan kulit durian.Tapi sayangnya memang dah ada orang dah kaji kulit durian.


Kerana nak kerja punya pasal kupas petai pun jadi la.Petai bukan sebarang petai tapi petai kajian tau.Selain itu ada juga kisar kacang pinto.Seronok kalau bekerja di bawah bahagian penyelidikan.Kita boleh kaji macam-macam.


Kusyuk dok tandakan petai yang dah siap kupas nak masuk freeze dryer..:)
Pegang starfish 14 kaki pun ada.(Korang pernah pegang??)Sebab nak jadikan bahan kajian.Ternyata hatiku gembira di makmal ini..Rasa macam saintis.Tak mustahil..:)

Starfish 14 kaki..:)
Kalau nak ceritakan betapa banyak belajar di makmal ini,jenuh juga nak baca..memang banyak nak belajar.Rasa ilmu itu sangat luas.
Kita sebagai manusia dan hamba Allah sepatutnya bersyukur dengan ilmu yang ada di muka bumi Allah ini.Ternyata sungguh luas..Manfaatkan setiap ilmu yang Allah berikan itu untuk digunakan di jalanNya.
Orang Islam sekarang patut manfaatkan setiap kebolehan yang ada dengan menyaingi dan mencontohi cara orang bukan Islam dalam cara mereka bekerja.
Tak mustahil satu hari nanti akan terbit nama orang Islam kembali menyinari dunia sains dan teknologi.




Inilah DCC..:)


p/s : Kalau nak belajar,kena selalu bertanya walaupun soalan itu adalah soalan bodoh(yang ini pesan cikgu sekolah rendah dulu..terbukti formula ini sangat bagus) ..Selalu tanya Dr kalau xtau.Selalu juga kena perli tapi ada I kisah??? Belajar tetap belajar.Terima kasih Dr Gan sebab selalu layan pertanyaan saya,dan juga Mr Tan~:D dan juga orang-orang dalam lab tu~


-IlliaNida-

Friday 29 June 2012

Sepetang bersama...



Tepat pukul 11.20 tadi,saya terus keluar dewan dan me'merdeka'kan diri.Maka dengan ini saya mengisytiharkan diri,"tamatlah sudah Tahun Kedua ko di USM ni,Illia.." Terasa bahagia seketika walaupun Latihan Industri menanti.Ye,hidup perlu diteruskan.


Sambil2 'godek' laptop dan dialunkan dengan bacaan surah Al-Kahfi,tiba-tiba muncul satu hasrat..
*dua tahun dekat USM baru nak datang..
                                         
"Rumate,jom kita pergi Galeri & Muzium Tunku Fauziah,saya dah lama teringin nak pergi.."..Bicara saya kepada teman sebilik saya,Cik Nabila.Dari asyik 'godek' laptop sambil Facebooking baik saya pergi ke tempat yang sedikit klasik(klasik ok!) dan banyak ilmu yang boleh saya cari..


Apa lagi,motosikal dah ada,orang yang nak bawa motosikal pun dah ada..Menderum menuju ke puncak USM.Disitulah terletak Galeri dan Muzium Tunku Fauziah..


*memang suka tetapi bukan selalu..
Banyak benda yang kita boleh dapat apabila datang ke tempat-tempat macam ini.Mungkin tiada kaitan dengan perkara yang kita belajar dalam kos kita tapi inilah orang panggil 'pengetahuan am'.Kadang-kadang ada masa terluang pergi mall (shopping atau window shopping) ataupun tempat-tempat lepak yang lain.Seronok juga kalau luangkan masa untuk tempat yang mendatangkan pengetahuan.

*perlu untuk ada kimia dimana-mana sekalipun..

*ini yang paling bermakna..


Kemudian,menderum pula ke Galeri Arkeologi..Dekat sahaja,pusing sahaja Durian Valley yang ada dekat USM,terus jumpa satu bangunan yang unik(siap tulis tahun bangunan lagi 1938).Reka bentuk yang cantik.


*cantik bangunan ini..
Maka sesi pertemuan bersama Encik Tengkorak dan batu-batunya.Jumpa satu keluarga yang melawat sama waktu dengan kami.Waktu itu saya terfikir,bagus meluangkan masa bersama keluarga dengan membawa anak-anak mengetahui tentang dunia pra sejarah.Barulah minda anak-anak akan bercambah.
*tembikar yang ada..

*bukan tengkorak betul,replika sahaja..
Terasa bermanfaat petang setelah habis sahaja kertas terakhir,STU 243(Psikologi Perkembangan).Cuti memanggil namun LI yang bersahut.Tidak mengapa,mungkin itu yang terbaik Allah tetapkan untuk hamba-hambaNya.Teruskan LI.
Kepada pelajar-pelajar yang bercuti,manfaatkan cuti anda.
Bukan mudah nak dapat masa lapang.Isikan dengan sesuatu yang bermakna agar otak kita sentiasa berjalan..

-IlliaNida-