Tuesday 16 April 2013

Le Tour De Langkawi Midsem 2013

Assalamualaikum semua~~ (Masuk kejap lagu Sleeq feat Aaron Aziz)

Alhamdulillah,masih diberi peluang dan ilham untuk mencoretkan sesuatu yang bermakna buat blog kali ini. Le Tour De Langkawi,bukan saya yang berbasikal mahupun apa,tapi kali ini saya yang menjadi 'tourist' di Langkawi. Bukan saya seorang tapi saya ditemani oleh tiga orang lagi kawan sekimia saya,Cik Syud,Cik Dayah,dan Cik Jun.

Perjalanan bermula seawal pukul 8.30 pagi pada 8 April 2013. Bas bergerak tepat pada masanya.Maka bermula perjalanan yang disusuri dengan pemandangan hijau sawah padi dan bendera PAS. Almaklumlah Kedah kawasan hijau. Sungguh tenang jiwa melihatnya sambil hati terus menerus memuji kepada Pencipta atas kebesaran ciptaanNya.

Ini bukan gambar sebenar. Ilustrasi sahaja. Tapi lebih kurang begini la view dia dari dalam bas. 


Sempat lagi tertidur di dalam bas gamaknya seperti penat beraktiviti,terlena seketika(mungkin penat menyediakan baju di dalam beg malam semalamnya). Tepat 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai di jeti Kuala Perlis. Teringin nak jumpa dengan adik junior yang berada di UNIMAP,tetapi hasrat tidak kesampaian,rupanya UNIMAP agak jauh dari Jeti Kuala Kedah.

Kedatangan disambut dengan sapaan sang suria yang terik dan kehijauan pulau serta birunya laut menggamit jiwa kami.Siap  membeli tiket oleh Cik Syud a.k.a AJK Kenderaan dan Penginapan,terus masing-masing terjah ke arah feri dan duduk di tempat masing-masing. Perjalanan feri mengambil masa selama 1 jam membuatkan hati kami terbuai-buai dek kerana feri yang membelah ombak laut.

Sesudahnya kami sampai di Jeti Kuah,kedatangan kami disambut oleh abang Cik Syud,Abang Ha(dah dengar Syud panggil macam tu..itu pun terpanggil pak cik.hoho) maka kami terus dibawa ke Delta Motel (klik sini kalau nak tengok dan tempah) yang berdekatan dengan Pantai Chenang.Rasanya bukan berdekatan dah tetapi sebelah sahaja pantai dan bilik kami. Disambut dengan pemandangan pantai yang cantik,tetapi tercemar seketika dengan pemandangan-pemandangan 'kurang cantik'oleh pelancong-pelancong asing disini,sedaya upaya untuk mengelak,bukan apa sebab malu.Memang benar malu itu perlu tandanya seorang Muslim itu beriman.

Inilah bilik kami! :) D201

Delta Motel yang sangat berpatutan harganya. :)

The most beautiful place I have been. Thank You,Allah! :)

Masuk bilik dan cek aircond terlebih dahulu(yang itu penting!),Alhamdulillah diberi penginapan tidaklah sehebat 5 bintang tetapi ia sudah mencukupi.Seusai solat,maka kami bersiap untuk berjalan mengelilingi Pulau Langkawi. Tidak sempat untuk membuat senarai tempat yang ingin kami pergi,kami terjah sahaja. Pemandu teksi telah menunggu tepat pukul 3 petang. Destinasi pertama di Langkawi,adalah Cable Car!

Orang yang paling takut nak naik Cable Car itu adalah,Cik Syud! Gayat katanya. Akhirnya berjaya juga kami menawan puncak Gunung Mat Cincang dan juga puncak Gunung Raya!

Syud sebelum nak naik pegang tangan. Takut juga dia dengan tempat tinggi. :P
Snap curi2. 

Muka Syud cuak-cuak juga,tapi masih terserlah keayuannya. Depan camera la katakan?? :)


Sambil jalan-jalan di dalam Oriental Park berdekatan dengan Cable Car,peminat-peminat Korea boleh singgah dan berangan kejap terasa di Korea,sweet-sweet ala Winter Sonata.

   
Sweet couple of Winter Sonata. Mohon saya rujuk yang dalam papan tu. :)

Nak masuk tengok gajah tidak dapat sebab yuran nak masuk pun agak mahal. Tapi terdengar seorang anak pelancong asing dengan nada yang sangat comel, " I want to feed the elephant with my mama." Sangat tersentuh hati dan kami semua hanya mampu senyum kepada ibunya. 
Selepas itu kami pun dibawa berjalan-jalan sekitar Pulau Langkawi. Antara tempat yang kami sempat pergi adalah tempat pembunuhan Mahsuri yang sangat jauh dengan makamnya. (cerita mengikut penduduk Langkawi.) 

Tempat yang didakwa pembunuhan Mahsuri.

Kemudian kami ke sini. 

Telaga Harbour

Sayangnya kawasan ini menjadi satu tempat restoran yang menjual arak sedangkan pemiliknya adalah Melayu. Banyak pelancong asing disini. Dan yang melayan mereka adalah anak-anak melayu yang bertudung. Saya sangat terkejut. Moga ada satu perubahan satu hari nanti. Terfikir waktu itu,Langkawi memang menjadi satu tempat pelancongan yang hebat tetapi masyarakatnya menjadi hamba kepada Barat atas nama mencari rezeki.

Ok,selepas itu kami dibawa ke Pantai Pasir Hitam. Sangat unik pantai ini. Kenapa? Tengok ini.

Ada kimia di situ. Ilmenit atau namanya Titanium(II) Oxide.

Hanya ada di Langkawi. Pantai yang berwarna hitam. Sangat halus. SubhanaAllah.

Melakar nama seindah orangnya. :)

Akhirnya kami selamat pulang ke tempat penginapan kami. Hari pertama sudah terisi. Pada sebelah malamnya,kami makan besar di rumah abang Syud. Seusai makan,sempat lagi kami berjalan-jalan di tepi Pantai Chenang mengambil angin malam sambil bermain air. Sangat romantik. 

Hari keduanya(9 April 2013) kami bersiap-siap untuk Island Hopping. Ternyata ia memang kena jiwa dengan saya. Melihat lagi ciptaan Allah,kami sudah 'terjun' di dalam bot. Destinasi kami yang pertama adalah Tasik Dayang Bunting.


Cuba cari dayang yang bunting..

  
Sebelum mendaki ke Tasik Dayang Bunting..:)
Next eagle feeding. Abang bot yang bawa kami melemparkan ketulan ayam ke laut lantas ayam tersebut....

Disambar sang helang! 

Setelah melihat helang makan,kemudiannya kami ke tempat yang sangat cantik. Laut yang sangat jernih. SubhanaAllah. Tempat itu adalah Pantai Beras Basah. Kami pun tak tahu mengapa namanya diberikan begitu tapi kami pasti ia mungkin berkaitan dengan beras yang basah.

Muka bahagia sebab xsabar nak cecah kaki dalam laut. :)

Xtahu la spesies apa ikan ini,tapi sangat comel. 

Kemudian setelah selamat mencecah kaki di sana,kami pun pulang dan bersiap-siap berjalan ke Makam Mahsuri pada sebelah petangnya.

Nak rumah macam ini boleh x? Rumah Mahsuri

Jun macam anak dara zaman dulu. :P

Siap sedia nak berada zaman Mahsuri.

Makam Mahsuri mencatat lagenda Langkawi.

Setelah itu kami menuju ke Jeti Kuah untuk membeli tiket pulang. Sejurus itu kami menamatkan jelajah Langkawi ini dengan.....

Muka penat tapi masih lagi cover cun masing-masing depan camera.:D

Dataran Lang. Mercu tanda Langkawi.

Maka dengan itu kami menuju ke rumah abang Syud dan dijamu dengan makan besar di sana lagi untuk kali keduanya.
 Hari ketiga (10 April 2013) merupakan hari terakhir kami di bumi Langkawi. Syud,Dayah dan Jun mereka menuju ke Underwater World yang sangat dekat dengan motel kami. Namun,saya memilih untuk berada di tepi pantai untuk lebih menikmati pantai yang indah sambil bertadabbur Al- Quran. Mengusung Al Quran kalam Allah saya yang berwarna hijau lantas mengalunkan bacaan kalam Allah beserta maksudnya. Sungguh ia satu saat yang sangat menenangkan dan itulah yang paling bermakna dengan saya. Melihat kebesaranNya yang terbentang luas di hadapan saya. AllahuAkbar tidak dinyatakan betapa indah ciptaanNya. Ini baru ciptaanNya di dunia. Bagaimana pula ciptaan Allah di syurga kelak? Moleklah kita jadikan itu impian kita.



                                                                    

Maka dengan itu tamatlah sudah jelajah kami di Langkawi. Bercuti itu memang menyegarkan minda. Sebelum itu sempat saya berniat di dalam hati saya ingin sampai tempat ini membawa keluarga saya pula. Sebab tak pernah bercuti. One day soon! :)

Muka penat. Dayah jadi jurugambar waktu ini. :) Selamat tinggal Langkawi.
 P/s : Bercuti-cuti juga,tetapi ingat matlamat bercuti bukan untuk seronok sahaja. Tapi ia untuk membuka minda dan mempelajari sesuatu dari alam semulajadi. Baru kita lebih hargai ciptaan Allah itu. Mengenali Allah daripada ciptaanNya. Baru kukuh Tauhid Rububiyyah kita,dimana Allah sebagai pencipta alam ini! :) 

Takbir! Allahuakbar! Such a long journey and entry too~~:D